Allah menggunakan perkataan imra’ah untuk isteri yang kurang keserasian dengan suaminya seperti kisah isteri Nabi Lut dan Nabi Nuh dan juga isteri Nabi Zakaria sebelum dia hamil. Namun bagi isteri yang serasi serta cukup sifat dan kesempurnaannya sebagai seorang isteri maka Allah menggunakan perkataan zauj untuk mereka. Keserasian itu boleh jadi dari segi sifatnya sebagai seorang wanita, iaitu boleh melahirkan anak atau serasi dari segi aqidah dan kepercayaan.

Oleh itu di dalam kehidupan ini, hendaklah kita berusaha menjadi seorang wanita yang mempunyai sifat seorang zauj dan bukan sekadar seorang imra’ah. Seorang wanita yang sempurna dari segi sifat kewanitaannya dan berpegang dengan aqidah yang benar. Boleh jadi kini anda seorang imra’ah tetapi ruang dan peluang masih terbuka untuk anda menjadi seorang zauj.